Itqan Partners Training & Consultancy @ ITC (KT0282411-H) merupakan sebuah syarikat perniagaan yang menyediakan perkhidmatan latihan dan perundingan yang menjurus kepada usaha membangunkan sumber manusia secara dinamik bagi mencipta kecemerlangan.
Modul-modul latihan dan motivasi yang dibangunkan ITC sesuai untuk memenuhi keperluan semua golongan sasaran badan kerjaan / swasta, NGO, masjid, institusi pendidikan (sekolah rendah, menengah) dan institut pengajian tinggi (IPTA/IPTS).
Tenaga penggerak ITC terdiri daripada perunding motivasi muda yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman dan kemahiran. Pengetahuan yang luas di bidang ini memberikan kelebihan kepada ITC dalam menyampaikan idea dan persembahan mereka kepada pelbagai lapisan usia.
Fokus ITC ialah latihan dan bimbingan dalam pembinaan dan motivasi diri, teknik serta kemahiran, pengurusan organisasi berkesan, pembentukan sahsiah remaja yang hebat dan pengendalian ibadah yang efektif.
MOTTO ITC
“LET’S POWER UP OUR POTENTIAL”
VISI ITC
Menjadi sebuah perniagaan perundingan latihan dan motivasi yang sentiasa komited dan konsisten pada nilai-nilai yang holistik berteraskan agama dan mempunyai kualiti untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
MISI ITC
1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan mengambil kira pendekatan yang sesuai selaras dengan tuntutan agama.
2. Memanfaatkan segala kepakaran yang ada di dalam menjana perkembangan masyarakat yang positif.
3. Membantu membangunkan sumber manusia yang akan memberi nilai tambah kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.
DATA PERNIAGAAN ITC
Nombor Pendaftaran Perniagaan
KT0282411-H
Alamat Pejabat Urusan
PT 592-A (Kedai), Simpang 4 Binjai, Binjai 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor Telefon
013 405 8718 / 018 9030 546
E-Mail
itqan.eventmanagement@gmail.com
Lawan Web
http://itqanmy.blogspot.com
Laman Sosial
http://www.facebook.com/Itqan Partners Training & Consultancy
Jenis Perniagaan
- Pengurusan Perunding Latihan dan Motivasi
- Pengurusan Acara.
- Perundingan Kaunseling.
- Pengurusan Pendidikan.
- Pengurusan Kelas Pengajian Quran.
 |
Itqan Partners Training & Consultancy |
 |
Maklumat 1 |
 |
Maklumat 2 |
 |
Maklumat 3 |
 |
Maklumat 4 |